A-Z Asas Kejayaan Pemasaran Menggunaan Email

Pemasaran Email atau Email Marketing merupakan salah satu cara atau platform untuk pemilik produk/servis menyampaikan mesej kepada prospek atau bakal pelanggan.

Di sini kita tidak bercakap berkenaan email satu persatu yang diterima dan dihantar kepada orang perseorangan tetapi kita bercakap berkenaan email yang dihantar secara pukal kepada ramai penerima dengan hanya sekali hantar.

Kenapa Email Marketing?

Sebab ia berfungsi paling baik dengan kos antara paling rendah.

Bermula Dengan Email Marketing

Ada 3 syarat utama untuk memulakan pemasaran email.

Syarat 1 : Alatan Yang Di Gunakan

Ada alatan khusus yang membolehkan kita menghantar email secara pukal kepada penerima. Pukal di sini bermaksud kita boleh menghantar 1 email yang sama kandungannya kepada seberapa ramai penerima email yang kita ada.

Syarat 2 : Senarai Email

Kita perlukan satu senarai email yang boleh kita kumpulkan dengan cara-cara tertentu. Cara mengumpul email ini pula ada kaitan langsung dengan alatan yang digunakan untuk menghantar email tadi.

Syarat 3 : Mesej / Kandungan Email

Apa yang ingin kita sampaikan kepada penerima email? Adakah kandungannya dalam bentuk katalog, kebaikan produk/servis yang kita tawarkan, atau cara mendapatkan produk/servis kita?

 

Leave a Comment

submit loader