7 Teknik Berkesan Menghasilkan Jualan Dropship Pertama

https___attachment_fbsbx_com_file_download_php_id_1598913660380149_eid_ASvuIzHw-mJEbk47auPRTVfOulJCjRmmEN0obXVf0C0WpTZbpaTUHnO7j1uuI391O7s_inline_1_ext_1433258042_hash_AStK2bTPRfzPQFHJ

1. Beritahu keluarga dan rakan terdekat

Pastikan ahli keluarga dan rakan terdekat anda tahu yang mereka boleh membeli produk X dengan anda. Mereka sudah mempercayai dan mengenali anda dengan lebih dekat. Anda tidak lagi perlu bina kepercayaan seperti yang anda perlu buat untuk menjual kepada orang asing.

2. Update status facebook peribadi

Kawan-kawan kita di facebook biasanya terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada yang kita kenal rapat, ada juga yang kita kenal tidak rapat sehinggalah kepada orang yang langsung kita tidak kenal.

Update status secara umum seperti berikut;

Assalamualaikum. Ada tak sesiapa yang minat nak beli produk X? Saya boleh berikan harga istimewa. Jika berminat, boleh PM atau hubungi saya melalui whatsapp : 01X-XXX XXXX.

3. Hebahkan di group Whatsapp

Kita pastinya mempunyai group whatsapp samada group untuk keluarga, rakan sekolah lama, rakan gosip tempat kerja, group setaman perumahan, group sesurau/semasjid dan seumpamanya.

Gunakan group ini dengan update mesej seperti berikut;

Assalamualaikum kawan2. Kalau kawan2 ada nak beli produk X boleh beli dengan saya. Saya boleh bagi harga special. Dapat murah sikit berbanding beli tempat lain.

4. Update laman sosial lain yang ada

Ini hanya untuk anda yang ada banyak laman sosial seperti Instagram, Twitter, Wechat, Telegram, dan sebagainya. Kalau boleh update semua laman sosial ini supaya semua orang yang ada contact dengan anda tahu apa yang anda lakukan.

5. Pilih satu produk (dropship) yang paling diminati dan cuba sendiri

Cuba beli satu produk (dropship) yang paling anda minat dan paling dekat dengan keperluan anda. Beli, guna, fahami flow yang dilalui oleh bakal pelanggan anda sehingga dia menerima produk yang dipesan.

Ada 2 kebaikan dari teknik ini.

a. Supaya anda dapat duduk ditempat bakal pelanggan anda. Pengalaman ini penting kerana ia menentukan cara anda menguruskan dan memahami masalah dan kehendak bakal pelanggan

b. Promosikan produk yang anda sudah guna tadi kepada bakal pelanggan. Pastinya skrip jualan anda lebih tepat, kemas, mudah ditulis jika anda pernah gunakan produk yang dipromosikan berbanding produk yang belum pernah dicuba.

6. Mula tulis blog secara konsisten

Buat blog sendiri tidak lagi susah dengan adanya platform percuma seperti blogger.com dan wordpress.com. Apa yang susah ialah untuk konsisten menulis.

Tahukah anda, blog merupakan platform yang sangat berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pembaca. Potensi posting diblog pula jauh lebih besar berbanding posting di Facebook. Ini kerana, posting di blog membolehkan pelawat menemuinya melalui google search.

Selain itu, dengan menulis secara konsisten di blog, anda secara tidak langsung membina minat dan kepercayaan orang kepada anda dan apa yang anda buat. Setiap posting yang anda buat di blog pula anda boleh share di laman sosial seperti biasa.

7. Buat tawaran jualan pembukaan

Selepas menjadi ahli dropship, anda masih tidak mempunyai track record yang meyakinkan bakal pembeli. Pembeli pertama adalah penting. Jadi apa kata anda buat tawaran jualan pembukaan yang paling menarik dengan syarat bakal pelanggan akan memberikan feedback kepada anda & testimonial pengalaman pembelian yang positif tentang anda?

Cuba salah satu dari pilihan berikut.

a. Tawaran jualan pembukaan 1 pelanggan sahaja : Diskaun sama dengan diskaun yang anda nikmati sebagai ahli dropship (jual tanpa untung). Buat perjanjian dengan bakal pelanggan yang beliau akan memberikan testimoni positif di whatsapp berkenaan pengalaman pembelian mereka dengan anda.

b. Tawaran jualan pembukaan 5 pelanggan pertama : Tawarkan diskaun paling tinggi atau penghantaran percuma dengan syarat yang sama seperti di atas.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

submit loader