Apa itu E-Commerce? 

E-Commerce atau Electronic Commerce ialah pemerdagangan produk atau perkhidmatan menggunakan jaringan komputer atau Internet.

E-Commerce itu sendiri mempunyai banyak jenis dan cara aplikasinya.

  1. B2B : Business to Business – Laman web seperti Alibaba.com merupakan contoh aplikasi e-commerce B2B
  2. B2C : Business to Consumer – Laman web seperti Apple store merupakan contoh aplikasi e-commerce B2C
  3. C2C : Consumer to Consumer – Laman web seperti Mudah.my merupakan contoh aplikasi e-commerce C2C

Aplikasi e-commerce ini boleh berkembang menjadi semakin kompleks seperti B2B2C seperti yang diaplikasikan oleh website marketplace seperti Lazada, Lelong, Rakuten, dan seumpamanya.

E-Commerce pada Trend Menaik

E-Commerce berada pada trend menaik di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat yang dikatakan 5 – 10 tahun terkedepan berbanding Malaysia pun menunjukkan E-Commerce masih pada trend menaik.

Ia memberi gambaran bahawa trend E-Commerce di Malaysia masih ada sekurang-kurang 5-10 untuk terus kekal pada trend menaik.

Saiz Market E-Commerce di Malaysia

Pada tahun 2011, Nielsen & PayPal menjangkakan market E-Commerce di Malaysia bernilai RM5.76 billion, dengan RM1.58 billion adalah untuk produk fizikal yang didagangkan secara online.

Gambar kredit : ecommercemilo

 

Amalan E-Commerce di Malaysia

Semakin hari, semakin banyak syarikat yang mula menceburkan diri dalam bidang E-Commerce. Ada yang membuka website shopping cart sendiri dan ada juga yang menyertai website marketplace seperti Lazada, Lelong, Rakuten dan sebagainya.