Cara Kerja Bisnes Ecommerce Yang Boleh Ditiru Bisnes Online Biasa

Ramai yang mengimpikan untuk memiliki website ecommerce sendiri yang menguntungkan.

Tapi oleh kerana sebab-sebab tertentu, kita menangguhkan dahulu niat tersebut.

Tidak salah untuk menjalankan bisnes cara apa pun.

Tapi ada beberapa cara kerja yang diamalkan oleh orang yang berbisnes secara ecommerce yang sesuai untuk kita tiru dalam bisnes kita yang sedia ada sekarang ini.

1. Database

Apa yang dimaksudkan oleh database di sini ialah data prospek dan data pelanggan.

Ya, kedua-duanya adalah berbeza dan hendaklah dimanfaatkan secara berbeza.

Bagi bisnes ecommerce, kita tidak mempunyai masalah untuk menguruskan data-data ini kerana hampir 99% pengurusannya adalah secara automatik.

Bagi bisnes online biasa yang menerima pesanan melalui whatsapp, pengurusannya memerlukan cara manual.

Ianya renyah tapi pada saya ianya WAJIB dilakukan oleh semua orang bisnes.

Caranya ialah, salin (copypaste) data pelanggan atau prospek ke perisian spreadsheet. Pastikan data tersebut sekurang-kurangnya mempunyai nama, nombor telefon dan email pelanggan. Boleh juga sertakan produk apa yang dibeli dan seumpamanya.

 

2. Automatik

Automation adalah perkataan seksi kepada bisnes ecommerce.

Bagi orang ecommerce, mereka kalau boleh ingin automatikkan semua gerak kerja dalam bisnes. Dari pickup stock, packing, delivery, hinggalah kepada marketing.

Sesuatu yang boleh diautomasikan bermakna ianya scalable.

Jadi, cuba cari apa gerak kerja yang boleh diautomasikan dalam bisnes anda.

Contoh:

  1. Facebook Messenger Bot untuk reply pertanyaan umum prospek
  2. Gunakan Email Marketing untuk berinteraksi dengan pelanggan

 

3. SOP

Bagi bisnes online biasa pun wajib ada SOP yang jelas tentang gerak kerja harian supaya gerak kerja harian tersusun dan mudah ditiru (copypaste).

Bayangkan apabila kita ingin menambah staf. Kita hanya perlu berikan mereka SOP dan tidak perlu menerangkan banyak kali kepadanya.

 

4. Website/Blog

Ramai yang buat bisnes online menjadikan fanpage atau akaun instagram sebagai satu-satunya identiti bisnes online mereka.

Apa jadi kalau tiba-tiba facebook/instagram ditutup atau server bermasalah selama sebulan.

Adakah kita sanggup untuk hilang bisnes selama sebulan?

Oleh itu, pemilik bisnes WAJIB memikirkan untuk ada website atau blog sendiri.

Dari website atau blog ini juga, kita boleh masukkan content berguna yang akan membawa trafik dari enjin carian seperti Google dan Bing.

 

5. Pengurusan Inventory

Salah satu kelebihan menggunakan sistem ecommerce ialah sistem inventory yang automatik.

Hanya masukkan data, kemudian kuantiti produk akan ditolak automatik apabila ada pembelian produk tersebut.

Bagi bisnes online yang tiada sistem pula, kita masih perlu untuk mencatat setiap pergerakan keluar masuk stok produk yang dijual.

Saya tertarik dengan perisian seperti Urusniaga.my yang membolehkan kita menguruskan stok dengan bersistem.

 

Leave a Comment

submit loader