Kenapa Gerai Makanan Pun Kena Ada Website?

Kenapa Gerai Makanan pun kene ada website?

Program suntikan 2 dos vaksinasi telah membuahkan nafas baharu kepada pertumbuhan ekonomi, khususnya gerai makanan di Malaysia. 

Rakyat Malaysia kini diberi kelonggaran untuk menikmati hidangan panas di kedai makan.

Mereka boleh membuat pesanan sambil mematuhi norma baharu endemik Covid-19.  

Selain itu, mereka juga boleh membuat pesanan secara digital melalui aplikasi Grab Food atau FoodPanda.

Kedua-dua aplikasi ini bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat tempatan. 

Tanpa kita sedar, situasi harian ini telah mencipta peluang baharu kepada pemilik-pemilik gerai makanan. 

Mereka boleh mengendalikan sebuah website gerai makanaan untuk memajukan lagi perniagaan.

Teknik ini selaras dengan kemajuan teknologi dan Internet di Malaysia. 

Oleh itu, artikel ini akan menjelaskan ciri-ciri serta kepentingan membuat website untuk perniagaan gerai makan.

Komponen Utama Website

Berikut merupakan dua komponen yang amat penting sebelum anda membuat website gerai makanan.

Domain

Domain merupakan komponen yang paling penting dalam dunia Internet. 

Secara ringkasnya, domain bermaksud alamat website yang tertera di ruangan atas dalam sesebuah laman web. 

Oleh itu, anda perlu berhati-hati dalam memilih nama domain. 

Langkah ini bertujuan untuk memudahkan pengguna-pengguna Internet melayari laman sesawang perniagaan anda. 

Jadi, apakah perkara-perkara utama ketika membuat nama domain? 

  • Domain perlulah direka secara ringkas dan mudah diingat oleh pengguna Internet. 
  • Elakkan penggunaan nombor di dalam domain. 
  • Reka nama domain yang bersesuaian dengan perniagaan anda. 
  • Pastikan nama domain anda mudah dieja.

Panduan ini sangat berguna buat anda yang ingin meningkatkan prestasi perniagaan di Internet. 

Dengan ini, anda boleh melakukan sumbang saran (brainstorm) idea domain perniagaan sebelum menceburi bisnes dalam dunia Internet. 

Hosting

Hosting ialah tempat penyimpanan data yang berkaitan dengan laman sesawang milik anda. 

Data seperti video, gambar, plugin, dan teks adalah jenis maklumat yang sering kita lihat dan baca di laman sesawang. 

Kesemua data tersebut akan disimpan di dalam hosting. 

Menariknya, anda juga boleh dapatkan hosting terbaik dan bersesuaian dengan perniagaan di Malaysia. 

Antara hosting tempatan ialah ServerFreak, Cun Host, Bluehost, DataKL dan lain-lain. 

Apakah kelebihan memilih hosting tempatan? 

  • Anda dan pihak hosting boleh menggunakan bahasa tempatan 
  • Hosting pada harga murah dan berpatutan 
  • Urusan transaksi menjadi lebih mudah 
  • Dapat mengenal pasti masalah dengan lebih cepat 

Kedua-dua komponen adalah perkara asas yang anda perlu tahu sebelum membuat website perniagaan. 

Dalam pada itu, anda juga boleh merujuk kepada artikel di bawah mengenai platform pembina website (website builder) dan pemasangan website menggunakan WordPress. 

Cara Buat Website: Blog Personal dan Perniagaan

Ciri-ciri Website Gerai Makanan yang Perlu Ada

Pengendalian website gerai makanan memerlukan daya kreativiti yang tinggi.

Daya kreativiti ini meliputi aspek website design dan info yang lengkap mengenai bisnes. 

Jadi, apakah ciri-ciri website gerai makanan yang menepati aspek tersebut? 

  1. Maklumat gerai makanan yang lengkap 

Setiap website gerai makanan perlulah memaparkan maklumat bisnes secara terperinci. 

Langkah ini bertujuan untuk membina kepercayaan antara pelanggan dan staf gerai makanan.

Maklumat gerai makanan seperti alamat gerai, harga, dan deskripsi pendek untuk setiap hidangan boleh disertakan di dalam website. 

Berikut ialah contoh info yang perlu ada di dalam menu hidangan:  

  • Senarai bahan-bahan masakan. Ia bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga untuk pelanggan yang menghidapi alergi tertentu. 
  • Anggaran portion hidangan. 
  • Rekomendasi hidangan daripada pihak gerai makanan. 

Sebenarnya, pelanggan lebih tertarik untuk membaca deskripsi pendek di dalam menu hidangan. 

Mereka dapat membuat keputusan secara cermat sebelum memesan makanan secara online.

  1. Foto makanan yang jelas 

Foto makanan memainkan peranan yang penting dalam pengendalian website gerai makan. 

Kebiasaannya, pelanggan akan merujuk kepada foto makanan terlebih dahulu sebelum membuat pesanan di website. 

Ini kerana gambar makanan yang jelas mampu menarik minat pelanggan untuk mengunjungi gerai makan anda. 

Ia juga boleh mempengaruhi minda mereka dengan membayangkan rasa enak ketika memakan hidangan panas tersebut. 

  1. Gambar interior design gerai

Seperti dinyatakan di atas, gambar boleh mempengaruhi minda pelanggan sama ada memesan makanan secara digital mahupun ketika mengunjungi gerai makanan. 

Deskripsi pendek, foto makanan dan gambar interior design gerai ialah gabungan hebat dalam membuat website perniagaan. 

Bukankah ini suatu kelebihan untuk bisnes anda?

Secara tidak langsung, pelanggan akan berminat untuk mencuba hidangan panas sambil menikmati suasana gerai makanan anda. 

Kenali Cara Buat Website Gerai Makanan yang Menarik

Tiga faktor utama iaitu tema website, kemudahan akses, dan pemilihan warna memainkan peranan penting dalam proses membuat website. 

Teruskan membaca untuk mengetahui info lebih lanjut.

Tema yang bersesuaian

Pengendalian website gerai makanan sememangnya memerlukan daya kreativiti yang tinggi. 

Untuk ini, anda perlu memilih tema website yang bersesuaian dengan sasaran pelanggan dan suasana gerai makanan. 

Setelah anda dapat mengenal pasti sasaran pelanggan, barulah anda boleh memilih tema dan warna untuk website. 

Sebagai contoh, golongan anak muda sekarang lebih suka akan tema website yang minimalis. 

Di samping itu, anda juga boleh menetapkan tema website mengikut suasana di gerai makanan. 

Anda boleh pertimbangkan tiga faktor seperti interior design, lokasi, dan jenis hidangan. 

Misalnya, tema moden dan minimalis adalah sesuai untuk gerai yang berada di kawasan bandar dan menyediakan hidangan ala-ala Barat.

Mudah untuk Akses

Sebagai seorang pemilik bisnes gerai makan, anda perlu menyediakan kemudahan akses di website. 

Kemudahan akses seperti ruangan halaman utama, maklumat gerai, menu hidangan, dan lain-lain. 

Ia memudahkan pelanggan untuk melayari website gerai makanan. 

Skema warna 

Jika anda sering membuat carian website gerai makan di Internet, anda pasti sudah terbiasa dengan skema warna yang dipilih. 

Antara skema warna pilihan adalah seperti berikut:

  • Warna putih: 

Memberi kesan segar dan minimalis. Ruangan warna putih juga sesuai dijadikan sebagai deskripsi makanan. 

  • Warna hitam: 

Memberi kesan exclusive kepada tema website dan foto makanan. 

  • Warna merah: 

Warna ini kebiasaannya menggambarkan gerai fast food

  • Warna pastel: 

Sesuai untuk website yang berteraskan konsep minimalis dan santai. Ia juga boleh dipakai bersama jenis tulisan yang fun.  

Manfaat Adanya Website Untuk Gerai Makanan

Sebagai seorang pemilik perniagaan gerai makanan, anda pasti sudah mempelajari ilmu mengenai pengurusan bisnes. 

Apa kata anda mempraktikkan ilmu tersebut dalam dunia perniagaan di alam maya? 

Ia semestinya idea baru dan ramai pemilik bisnes masih terbiasa dengan teknik marketing dahulu. 

Namun begitu, anda perlu mencuba teknik baharu dalam aktiviti perniagaan agar bisnes gerai makanan mampu bertahan dengan dunia moden. 

Berikut merupakan kepentingan membuat website gerai makanan. 

  1. Meningkatkan identiti dalam talian 

Membina website untuk gerai makanan dapat meningkatkan kredibiliti perniagaan anda di dunia digital dan realiti. 

Hal ini berpunca daripada kemajuan Internet dan teknologi yang telah memberi peluang baharu kepada ahli perniagaan. 

Internet seringkali dijadikan sebagai tempat rujukan utama kepada masyarakat pada masa kini. Segala informasi yang kita mahu ada di Internet, betul? 

Oleh itu, anda perlu mencipta identiti perniagaan di ruangan Internet agar orang ramai mengetahui online presence bisnes anda. 

Dengan adanya sistem algorithm dan ilmu pengendalian bisnes secara talian yang tepat, perniagaan anda pasti akan menerima kunjungan daripada orang ramai. 

Carian orang ramai mengenai gerai makanan anda di Internet akan meningkatkan lagi prestasi perniagaan anda. 

  1. Meluaskan pasaran bisnes 

Membina website gerai makanan secara tidak langsung dapat meluaskan pasaran bisnes ke seluruh Malaysia. 

Bagaimanakah ini boleh terjadi? 

Orang ramai kebiasaannya memiliki dua atau lebih akaun sosial media. 

Twitter, Instagram, dan TikTok merupakan sosial media yang mendapat perhatian daripada pelbagai lapisan umur masyarakat. 

Mereka seringkali memuat naik video berdurasi pendek, gambar atau ciapan di akaun sosial media. 

Antara konten yang popular ialah food review, tempat pelancongan, aktiviti lasak dan sebagainya. 

Justeru, anda perlu memastikan website gerai makanan sentiasa berada dalam carian Internet. 

Orang ramai akan mengunjung ke gerai sekiranya website perniagaan mempunyai kemudahan akses, sistematik dan kemas. 

Bak kata pepatah orang Barat, “first impression is the deepest”. 

Gabungan dunia Internet dan perkhidmatan yang baik daripada pihak gerai makan pasti akan menarik lebih ramai pengunjung ke bisnes anda. 

  1. Kemaskini lebih pantas

Mengurus website gerai makanan adalah lebih mudah kerana anda hanya perlukan liputan Internet yang mencukupi. 

Anda boleh mengemaskini informasi dan sumber gerai di hujung jari sahaja. 

Kemudahan Internet menjadikan pengendalian website jauh lebih berbaloi daripada teknik marketing yang lama. 

Teknik marketing lama memerlukan tenaga pekerja fizikal, peralatan pejabat seperti kertas A4 atau mesin pencetak, dan masa. 

Sebagai contoh, pengedaran risalah sebenarnya tidak mendapat sambutan jangka panjang daripada orang ramai. 

Teknik ini kurang berkesan pada masa sekarang kerana informasi pada sekeping kertas adalah sangat terhad. 

Kesimpulannya, pengurusan gerai makanan juga boleh dilakukan dalam talian. 

Sama seperti bisnes lain, pemilik gerai makanan juga boleh membuat website untuk memajukan perniagaan ke seluruh Malaysia. 

Dunia Internet diibaratkan seperti taman permainan. Anda berkemungkinan melakukan kesilapan ketika mengendalikan website gerai makanan. 

Namun begitu, jangan takut untuk melakukan kesilapan. Ia adalah lumrah sebagai seorang “pelajar” yang masih mentah dalam sesuatu bidang.

Sebagai seorang individu yang menceburi dalam alam perniagaaan, anda perlu berani dalam mencuba perkara baharu dan lebih mencabar. 

Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam membuat website untuk sebarang perniagaan, anda boleh hubungi Bomstart Media

Bomstart Media menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah copywriting, website building, dan pengiklanan.