Senarai Top 10 Berita / Newspaper Online Di Malaysia 2019

topm10 berita online

Semakin banyak masyarakat atau komuniti dibangunkan, lebih banyak cara komunikasi diperlukan. Antara cara komunikasi adala suratkhabar. Suratkhabar memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana melalui suratkhabar kita tahu apa yang berlaku melalui berita pada kawasan setempat, dalam negara atau di dunia.

Akan tetapi, pada zaman kini. Kebanyakkan syarikat suratkhabar ini mengalami masalah jualan akhbar mereka kerana wujudnya internet dimana masyarakat mudah mendapat berita hanya dihujung jari tanpa membeli suratkhabar seperti sebelum ini. Akibat dari itu, banyak syarikat akhbar mengalami kerugian dari segi jualan akhbar dan pengiklanan.

Justeru dari itu, syarikat-syarikat akhbar ini perlu berubah dengan drastik dan perlu meng”online”kan akhbar mereka secepat mungkin bagi mengikut perkembangan terkini. Mereka juga perlu melabur dalam pembangunan laman sengsawang dan pemasaran bagi meningkatkan Traffic ke dalam website mereka. Dimana, jika akhbar online mereka mempunyai traffic yang tinggi maka mereka dapat menjual pakej pengiklanan di akhbar online mereka dengan begitu banyak dan “rate” yang lebih tinggi. Melalui pengiklanan mereka dapat membuat keuntungan kepada syarikat mereka.

Di sini saya senaraikan 10 berita / newspaper online yang mempunyai “Organic Traffic” yang tinggi pada 20 Mei 2019 di website mereka. (Berdasarkan data dari Ahrefs)

 

1. The Star (thestar.com.my)

Organic Traffic = 2,623,734/sebulan

The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris di Malaysia yang terkenal sebagai surat khabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari segi jumlah pembaca, iaitu kira-kira 290,000-300,000 pembaca, menurut Audit Bureau of Circulations, The Star ialah ahli Asia News Network.

Saham majoriti The Star dimiliki oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA), parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional. Saingannya ialah New Straits Times, dan The Sun. (Sumber: Wikipedia)

 

2. Malaysiakini (malaysiakini.com)

Organic Traffic = 2,165,695/sebulan

Akhbar internet Malaysiakini bermula apabila timbul keperluan untuk melaporkan pemecatan dan penangkapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Premesh Chandran, bekas wartawan akhbar The Sun yang ketika itu bertugas dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mengasaskan Malaysiakini bersama Steven Gan yang pernah bekerja dengan akhbar The Nation, di Bangkok, Thailand. Isu di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim perlu dilaporkan kepada rakyat dan timbullah akhbar bawah tanah ini – pada awalnya.

Premesh menulis kertas kerja itu bertajuk ‘The Daily Diet – It’s free, fast and true”. Dana RM30,000 berjaya dikumpulkan dan membeli warung kafe di SS2, Petaling Jaya sebagai pusat operasi laman web . Nama Malaysiakini.com didaftar pada April 1999.

Kemudian Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) memberi geran AS$100,000. Pada 1 Oktober 1999 pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Malaysiakini mendapat cabaran berat apabila Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pilihan raya setahun lebih awal iaitu pada 1999.Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 November 1999.

Antara kakitangan terawal ialah Sarah Shazreena Sharin, Ng Boon Hooi, Hidayatul Ein Azmi dan Ajinder Kaur. (Sumber: Wikipedia)

 

3. Berita Harian (bharian.com.my)

Organic Traffic = 1,242,536/sebulan

Berita Harian

Berita Harian ialah sebuah akhbar utama berbahasa Melayu di Malaysia. Ia diasaskan pada 1 Julai 1957, tahun yang sama Malaysia mencapai kemerdekaan.[1] Bagi surat khabar keluaran hari Ahad diberi nama Berita Minggu.

Audit Bureau of Circulation (ABC) dari 1 Julai 2004 hingga 30 Jun 2005 yang mempunyai 231,163 edaran. Sementara surat khabar lain, Berita Minggu mencapai 358,054 edaran.

Berita Harian juga merupakan nama kepada akhbar tidak berkaitan bahasa Melayu di Singapura. Ia dijual pada harga S$0.50. Edisi Singapura bagi Berita Harian diubahsuai melalui format dan halaman kulit. (Sumber: Wikipedia)

 

4. Harian Metro (hmetro.com.my)

Organic Traffic = 1,207,104/sebulan

metro

Sebelum kehadiran Harian Metro, terdapat di kalangan penyokong media sudah merasakan perlunya ada sebuah akhbar harian petang berbahasa Melayu di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, ia masih tidak menjadi kenyataan sehinggalah Kumpulan New Straits Times Press menyahut cabaran itu. Akhbar petang pertama Malaysia berbentuk tabloid dilancarkan pada 25 Mac 1991 dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari. Sejak itu, Harian Metro diterbitkan enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu) oleh Berita Harian Sdn Bhd. Pada 25 Mac 1992, Harian Metro melancarkan edisi selatannya di Johor Bahru. Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi. Pesanan cetakan pertama di kilang New Straits Times Press di Senai ialah 15,000. (Sumber: Wikipedia)

 

5. Utusan (utusan.com.my)

Organic Traffic = 1,028,230/sebulan

utusan

Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan Jawi, iaitu tulisan Arab, akhbar tersebut dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British.

Pada tahun yang sama edisi Ahad, Utusan Zaman telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada di barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu yang kemudiannya telah melahirkan kepemimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan.

Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.

Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang maju dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994.

Sehingga kini Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya. Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions – UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan Online (Perfisio). (Sumber: Wikipedia)

 

6. Astro Awani (astroawani.com)

Organic Traffic = 831,933/sebulan

awani

Astro Awani merupakan saluran berita 24 jam pertama di Malaysia yang mula bersiaran secara langsung pada 6 September 2007. Astro Awani kini bersiaran di saluran 501.

Dengan slogan Saluran Berita 24-jam #1 di Malaysia, Astro Awani mempersembahkan berita terkini dan rancangan bermaklumat termasuk ehwal semasa, gaya hidup, dokumentari, rancangan temu bual serta majalah tempatan dan antarabangsa. (Sumber: Wikipedia)

 

7. New Straits Times (nst.com.my)

Organic Traffic = 735,296/sebulan

nst

New Straits Times (NST) ialah akhbar bahasa Inggeris yang tertua di Malaysia. Diasaskan pada tahun 1845 dengan nama The Straits Times dan format lebar sehelai, akhbar ini adalah akhbar bahasa Inggeris yang tunggal di Malaysia yang pernah mempunyai format tersebut. Bagaimanapun, mencontohi akhbar-akhbar British, The Times dan The Independent, satu percubaan versi tabloid telah diterbitkan pada bulan September 2004 dan sejak 18 April 2005, akhbar ini hanya diterbitkan dalam format tabloid. Dengan ini, New Straits Times menamatkan tradisi 160 tahunnya. New Straits Times kini dijual pada harga Ringgit Malaysia 1.50

New Straits Times dicetak oleh New Straits Times Press yang juga mencetak akhbar tengah hari bahasa Inggeris, Malay Mail, serta berbagai-bagai akhbar bahasa Melayu, terutamanya Berita Harian. New Straits Times ialah sebahagian kumpulan syarikat Media Prima.

Ketika diasaskan sebagai Straits Times di Singapura, akhbar ini merangkumi seluruh kawasan British Malaya, serta Singapura. Ini diteruskan apabila Singapura menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, tetapi selepas pemisahannya daripada persekutan pada tahun 1965, satu versi untuk Malaysia, iaitu New Straits Times, telah diasaskan, sedangkan The Straits Times meneruskan penerbitannya di Singapura. Disebabkan kepekaan politik yang menetapkan bahawa akhbar-akhbar dari sebuah negara tidak boleh dijual di dalam negara yang lain. Straits Times tidak dijual di Malaysia dan sebaliknya, New Straits Times tidak dijual di Singapura.

New Straits Times mempunyai edaran sebanyak lebih kurang 200,000 naskhah sehari; kurang daripada edaran The Star, pesaing utamanya. Walaupun begitu, akhbar ini adalah akhbar pilihan bagi kaum-kaum ahli intelek dan pegawai awam yang bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan, berbeza dengan The Star, akhbar ini mempunyai lidah pengarang yang mengandungi rencana-rencana mengenai keadaan negara yang disumbang bukan sahaja oleh penyunting akhbar, tetapi juga oleh wartawan-wartawan dan ahli-ahli intelek yang bukan kakitangan akhbar itu. Oleh itu, New Straits Times telah dianggap sebagai akhbar perdana bahasa Inggeris di Malaysia. (Sumber: Wikipedia)

 

8. Sinar Harian (sinarharian.com.my)

Organic Traffic = 460,255/sebulan

sinar harian

Sinar Harian merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Ia pertama kali diterbitkan pada 31 Mac 2006 untuk pasaran negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Selain itu, Edisi Selangor dan Kuala Lumpur juga diedarkan di sekitar Lembah Kelang, Edisi Melaka & Negeri Sembilan, Edisi Perak serta Edisi Utara untuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Akhbar ini diterbitkan lima hari seminggu iaitu dari Isnin hingga Jumaat. (Sumber: Wikipedia)

 

9. Kosmo! (kosmo.com.my)

Organic Traffic = 460,007/sebulan

kosmo

Pada 30 Ogos 2004, Kumpulan Utusan pertama kali memperkenalkan pembaca akhbar harian Malaysia dengan akhbar bersaiz kompak KOSMO! yang mempunyai 64 halaman muka surat yang padat dengan pelbagai topik berita dan rencana selari dengan slogan “Suara Kontemporari” yang menyasarkan golongan generasi muda yang kontemporari, moden dan aktif dalam kehidupan seharian.

KOSMO! diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang menampilkan konsep akhbar harian dan majalah dalam motonya “Bukan Sekadar Berita” adalah unggul untuk semua peringkat umur pembaca. Ia turut mesra pembaca apabila mudah dipegang dan praktikal tambahan pula dengan saiznya yang kecil.

KOSMO! kini mengambil langkah seperti akhbar tabloid apabila berusaha mengubah persepsi masyarakat bahawa pembaca KOSMO! bukan terdiri daripada lingkungan pembaca Melayu sahaja malah merangkumi pelbagai kaum di Malaysia termasuk Cina dan India. KOSMO! turut mahu digambarkan sebagai platform akhbar silang budaya dalam memajmukkan masyarakat Malaysia.

Selepas dua tahun, akhbar terbitan Kumpulan Utusan ini menunjukkan potensi yang positif dan mendapat sambutan hangat daripada pembaca (jualan semasa di Lembah Klang, Edisi Utara dan Edisi Selatan : 120,000 naskah), KOSMO! pada 4 dan 6 Oktober yang lalu telah menemui pembaca baru mereka di negeri Melaka dan Pahang.

KOSMO! kini telah diiktiraf sebagai salah sebuah akhbar yang paling aktif mendapat sambutan pembaca di Malaysia. (Sumber: Wikipedia)

 

10. Malay Mail (malaymail.com)

Organic Traffic = 419,323/sebulan

malaymail

The Malay Mail ialah akhbar Malaysia berbahasa Inggeris yang mula diterbitkan pada Disember 1896 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, menjadikannya akhbar harian terulung dalam sejarah Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kini, The Malay Mail berbentuk tabloid dan dimiliki New Straits Times Press, anak syarikat Media Prima Berhad. (Sumber: Wikipedia)

Ulasan 

Senarai diatas adalah berdasarkan data “Organic Traffic” yang kami ambil di Ahrefs dan bukanlah traffic keseluruhan pada website tersebut. Kami kumpulkan semua suratkhabar dari Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Malaysia. Akan tetapi, suratkhabar Bahasa Cina dan Bahasa tamil tidak berada di dalam carta kerana “Organic Traffic” yang rendah dimana suratkhabar Bahasa Cina yang paling tinggi “Organic Traffic” adalah suratkhabar dari Sin Chew Daily (www.sinchew.com.my) yang mempunyai “Organic Traffic” sebanyak 271,819/sebulan, manakala suratkhabar Bahasa Tamil adalah dari Malaysian Nanban (www.nanban2u.com.my) yang mempunyai “Organic Traffic” hanya 1,067/sebulan.

“Organic Traffic” untuk sesebuah website adalah penting kerana kita akan menerima pengunjung secara pasif setiap bulan. Ianya akan membantu meningkatkan traffic keseluruhan dan dengan traffic yang tinggi maka kita dapat menarik minat syarikat-syarikat untuk membuat pengiklanan.

Berdasarkan pemerhatian saya pada suratkhabar-suratkhabar online ini. Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dan dipertingkatkan untuk menambah traffic ke website mereka terutamanya melalui SEO (Search Engine Optimization). Hanya melalui SEO, “Organic Traffic” dapat dipertingkatkan.

Pada 2019, pemasaran SEO di Malaysia masih lagi di dalam kategori “Blue Ocean” berbanding di Eropah dan Amerika dimana sudah jatuh dalam kategori “Red Ocean”. Persaingan di sana adalah sangat sengit dan kos untuk melantik SEO agency juga sudah mencapai ratusan ribu USD malah ada yang sudah mencapai Jutaan USD di dalam sektor tertentu.

Jadi, jika anda masih lagi di Malaysia. Anda perlu merebut peluang ini secepat mungkin kerana sesiapa yang mula awal akan menerima manfaat terlebih dahulu kerana anda sudah rank kan keyword-keyword anda terlebih dahulu dimana persaing anda yang ingin mengambil alih kedudukan anda perlu membayar kos yang lebih tinggi berbanding kos yang anda telah keluar.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang SEO anda boleh hubungi Bomstart Media kerana Bomstart Media adalah Syarikat No 1 “SEO Malaysia”. Tak percaya? Cuba Google “SEO Malaysia” dan lihat siapa di Rank 1?

Siapa yang sesuai memulakan servis SEO? Mereka yang mempunyai budget marketing melebih RM10,000 sebulan. Maka anda memang sesuai menggunakan servis ini.