Inilah Strategi Digital Marketing yang Berjaya Hasilkan 6 Angka! 100% Guna Web E-Commerce! Tiada Team Sales Whatsapp!

NOTA: Buat anda yang nak belajar langkah-demi-langkah secara praktikal strategi dalam case study ni… boleh sertai Digital Marketing Masterclass bersama Bomstart. Ketahui lebih lanjut disini : https://bomstart.my/page/digital-marketing-masterclass/

Salah seorang klien yang kami uruskan berjaya dapat jualan sebanyak RM103,694.40 (jualan setakat 1/5/2019 – 27/05/2019)!

DISCLOSURE: Kajian kes ini berdasarkan klien syarikat Bomstart Media Sdn Bhd. Kami uruskan dari A-Z. Kami yang buatkan web e-commerce mereka dan jalankan kempen FB Ads, Google Ads dan SEO.

jualan OA Mei

Sebelum itu, kami nak kongsikan beberapa maklumat ringkas tentang bisnes klien ini.

(Nama syarikat tak boleh dedahkan. Kami tertakluk pada perjanjian privasi dengan klien.)

Produk utama klien ini adalah pakaian tradisional Melayu. Antaranya, baju melayu dan baju kurung. Mereka pernah buat pemasaran secara online, tetapi tidak menjadi.

Jualan paling tinggi mereka perolehi secara online hanya RM2500. Mereka memang harapkan jualan semata-mata pelanggan yang ‘walk-in’ ke butik.

Page like pun sikit sahaja, hanya +-7000 like (sekarang dah capai 10,000 like).

Walaupun page like sikit, tetapi masih lagi berjaya capai jualan 6 angka. Kami akan kongsikan strategi lengkap.

Buat anda yang berminat untuk tahu, silalah baca sampai habis.

Kalau tiada masa, share dulu artikel ini (Klik sini untuk share di FB anda sekarang). Parking siap-siap dalam FB anda.

Apa yang kami buat adalah, kami gunakan teknik “Integrated Marketing”.

Integrated Marketing adalah satu strategi pemasaran yang menggabungkan pelbagai platform.

Dalam kajian kes yang ini, kami gunakan :

  • FB Ads
  • Google Ads
  • SEO
  • Email Marketing (guna untuk “GELI-GELI” je)

Dari sudut harga, produk mereka bermula dari RM95 (Baju melayu kanak-kanak) sehingga +-RM500 (Baju melayu custom made)

Walapun harga dalam kategori premium, produknya masih mampu dijual secara online. Ini membuktikan iklan berbayar masih releven.

FB ads dah tepu? FB ads dah tak relevan?”

Bukan ads tu yang tepu… tapi strategi yang tak cukup padu. Kalau betul strateginya, sasaran iklan pun tepat, hasilnya insyaAllah memberangsangkan.

Renung-renungkan dan selamat beramal~! 😉

Sebelum kami kongsikan lebih lanjut, nak share dulu laporan kempen syarikat tersebut.

OA FB Ads report(Jumlah jualan hasil dari FB Ads adalah RM32,957.00)

Data Google Ads OA(Jumlah jualan hasil dari Google Ads adalah RM57.68k)

Jumlah Jualan = RM32, 957 (FB Ads) + RM57,680.00 (Google Ads)

Jumlah Jualan = RM90,637.00

Aik…? Kata jualan RM103,694.40?”

Haaa… dari mana jualan selebihnya tu?

Jawapan >> Carian organik di Google (BACA: SEO)

Jualan OA dari SEO
(Kalau tak buat SEO, hilang jualan RM32k macam tu je.)

Okay, cukup sembang tentang angka jualan.

Jom kita sembang tentang bab strategi dan aspek teknikal iklan pula.

Inilah ‘blueprint’ keseluruhan:

FB Ads dan Google Ads digunakan untuk dapatkan prospek masuk ke website. Jika anda tiada website, masih boleh gunakan strategi yang sama. Cuma anda perlu bawa trafik ke link whatsapp anda.

Untuk Google ads pula, anda perlu bawa trafik masuk ke post page FB anda. Kemudian dekat post masukkan link whatsapp.

Kami tak sarankan untuk direct letak link Whatsapp. Sebab, copywriting untuk iklan google sangat pendek. Kita dapat nak tapis untuk dapatkan prospek berkualiti.

(Sebenarnya, saya juga tak pasti samada link whatsapp boleh digunakan atau tak dalam Google Ads.)

Secara ringkasnya begini:

Google Ads → Post di page FB → Whatsapp

Tapi, kami tetap sarankan untuk ada website jualan. Supaya anda boleh makan hasil jualan dari carian organik Google. Kalau anda guna whatsapp, macam mana nak ranking dalam Google kan?

NOTA: Carian organik merujuk kepada prospek yang anda dapat secara percuma melalui laman carian (Contohnya Google). Anda tidak perlu bayar untuk dapatkan pelanggan. Namun, anda perlu buat SEO untuk masuk dapat masuk top 5 page 1 Google.

Cara Kami Setting Iklan FB Ads yang Berkesan:

Kami pecahkan iklan kepada 3 kempen. Ini maklumat ringkas tentang setiap kempen:

Kempen 1: Bawa Trafik

Objektif : Traffic (Nak prospek masuk ke website jualan)

Bajet Ads : RM100-RM300 sehari

Target : Umur 30 – 65, Degree/Master Holder (Potential Audience 300k)

Kempen 2: Catalogue Sales

Objektif : Conversion (Retargeting prospek yang masih belum beli)

Bajet Ads : RM10 – RM20 sehari

Kempen 3: Kumpul Database Email

Objektif : Traffic (Nak kumpul email prospek)

Bajet Ads : RM30 – RM50 sehari

Target : Umur 30 – 65, Degree/Master Holder (Potential Audience 300k)

Untuk kempen 1 kami akan pecahkan kepada 10 adset. Setiap 1 adset bajet hanya +-RM15/hari.

Setiap adset target interest dan umur yang berbeza. 

Contoh:

  • Adset 1: Degree holder, umur 30 – 34
  • Adset 2: Degree holder, umur 35 – 40
  • Adset 3: Master holder, umur 30 – 34
  • Adset 4: Master holder, umur 35 – 40

Kenapa pecahkan kepada banyak adset?

Sebab, klien yang kami uruskan ini masih baru dalam dunia online. Kami tidak tahu target umur dan interest apa yang berkesan.

Kunci kejayaan iklan FB Ads adalah pada EKSPERIMEN. Kena test umur, jantina dan interest. Bahkan dari segi gambar dan ayat iklan juga anda kena test.

Melainkan, anda dah tahu jantina dan interest yang berkesan. Barulah anda boleh skip fasa eksperimen.

Cara Kami Setting Iklan Google Ads yang Berkesan:

Untuk kempen Google Ads pula, akan ada 3 fasa utama.

Fasa 1: Buat kempen dan target sebanyak mungkin keyword yang anda rasa relevan.

Fasa 2: Selepas 1 – 2 minggu, cari keyword yang negatif dan exclude dari iklan. Sebagai contoh, dalam kajian kes ini, keyword negatif yang kami exclude adalah Baju melayu murah, cara jahit baju melayu” dan beberapa lagi. Sebab kami tak nak orang yang cari produk murah nampak iklan klien ini. 

Fasa 3: Biasanya, selepas sebulan, kita akan kaji semula prestasi iklan. Keyword yang tak perform kita akan off. Keyword yang perform, naikkan sikit bid supaya iklan berada pada posisi top 3.

Macam Mana Strategi untuk Email Marketing?

Kami gunakan FB Ads untuk kumpul database email pelanggan. Kami tawarkan ebook katalog produk. Siapa yang berminat minta mereka isi borang online.

Contoh borang kumpul database email >> https://bomstart.my/page/seo-case-study/

Kenapa guna email? Zaman sekarang ni ada ke orang baca email?”

Kami tahu ramai sifu-sifat yang ajar guna whatsapp untuk buat jualan. Bahkan ada sifu-sifat di luar sana yang kata email marketing dah tidak relevan.

Tetapi, malangnya data menunjukkan email marketing masih releven. Orang masih baca dan klik email promosi kita.

Sebenarnya, kos per email leads lebih murah berbanding kos per leads whatsapp!

Setakat nak dapat cost per leads bawah RM1.50 per email senang sangat. Bahkan secara peribadi, saya pernah dapat cost per leads email serendah 80 sen!

Email marketing sangat bagus. Cuma, anda kena faham satu perkara.

Tujuan kita buat email marketing adalah untuk long term. Kita nak pegang database. Supaya, jika berlaku apa-apa (contoh: page kena delete), kita masih dapat berhubung dengan prospek kita.

Selain itu, database email juga bagus untuk kita follow-up dan war-warkan tentang promosi terkini.

Konsepnya sama sahaja seperti kita kumpul database whatsapp. =)

Cuma, bezanya email kita boleh set auto follow-up dan senang nak blast promotion.

Tak perlu nak hantar satu-satu secara manual.

Macam Mana Nak Tarik Pelanggan Guna SEO pula?

Sebelum tu, mungkin ada yang belum tahu apa itu SEO.

SEO merujuk kepada Search Engine Optimization. Ianya teknik yang kita guna untuk masukkan website kita pada page 1 google.

Dalam bahasa yang mudah, kita nak buat FREE COST MARKETING guna Google.

Cuma, macam mana nak buat SEO tu, kami tak dapat nak terangkan dalam artikel ini.

Sebab, SEO sangat teknikal dan rumit. SEO ni lebih teknikal berbanding FB Ads, Google Ads dan Email Marketing.

Ianya juga makan masa 3 – 6 bulan untuk dapatkan jualan melalui SEO.

Anda boleh upah orang untuk buat SEO. Cuma kos upah buat SEO memang agak mahal.

Cara nak jimat, anda boleh belajar sendiri buat SEO. Tapi, di Malaysia setakat kami tahu tak banyak kelas SEO.

Serius ilmu SEO memang berharga.

Buat anda yang nak belajar cara buat SEO supaya dapat masuk ke page 1 carian Google, boleh sertai Digital Marketing Masterclass bersama Bomstart —> https://bomstart.my/page/digital-marketing-masterclass/ 


(Blog peribadi saya www.danialarif.com.my juga ranking no. 2 dalam carian Google)

AlhamduLillah, SEO juga membantu saya secara peribadi. Saya sentiasa menerima pelanggan yang beli video panduan copywriting, walaupun saya stop buat ads.

Pelanggan saya terdiri dari mereka yang buat carian guna Google.

Untuk buat jualan 5-6 angka dan kekal relevan, kena buat Integrated Marketing…

Saya tak galakkan hanya harapkan FB Ads semata-mata.

Besar risiko kalau harapkan FB semata-mata. Cuba bayangkan kalau FB delete page atau flag akaun tuba-tiba?

Bila anda buat integrated marketing, anda boleh tunggang pelbagai platform. Kalau FB kena flag pun tak risau sanget. Sementara nak buat akaun baru tu, boleh lagi dapatkan jualan.

Untung pun berganda, ibarat makan keliling. =)

NOTA KAKI:
Buat anda yang nak belajar langkah-demi-langkah secara praktikal strategi dalam case study ni… boleh sertai Digital Marketing Masterclass bersama Bomstart. Ketahui lebih lanjut disini : https://bomstart.my/page/digital-marketing-masterclass/

Leave a Comment

submit loader